Sabah Minister Delegation Visitation

Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada delegasi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah yang diketuai oleh YB Datuk Ewon Benedick. Delegasi seramai 19 orang ini juga turut disertai oleh YB Datuk Junz Wong, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah serta wakil dari jabatan-jabatan lain yang berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah, Jabatan Kerja Raya Sabah, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sabah, Lembaga Industri Getah Sabah, Pejabat Daerah Kota Belud serta Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kadamaian.

Lawatan ini antara lain bertujuan untuk mendapatkan perkongsian maklumat terperinci berkenaan penggunaan dan pelaksanaan teknologi rubberised road di Semenanjung Malaysia sebagai persiapan dalam meneroka projek perintis menggunakan teknologi ini di Sabah kelak. Sehubungan dengan itu, delegasi telah diberikan pendedahan dan penerangan yang berkaitan oleh penyelidik-penyelidik LGM sebelum dibawa melawat ke kilang RICS Sdn Bhd, Asphalt Technology Sdn Bhd serta tapak projek rubberised road di Puchong bagi mendapatkan pemahaman berkenaan proses pembuatan bitumen getah beku terubahsuai (CMB) serta melihat sendiri contoh jalan raya bitumen getah sedia ada. CMB merupakan bahan yang berdaya maju untuk meningkatkan prestasi dan ketahanan jalan dengan menurunkan kos penyelenggaraan jangka panjang selain mengurangkan bunyi bising dan meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya. Adalah diharapkan agar lawatan ini nanti akan menjadi titik tolak bermulanya penggunaan teknologi rubberised road di Sabah dan sekaligus meningkatkan lagi penggunaan getah asli di pasaran.

Perbincangan Pengerusi LGM bersama YB Datuk Ewon Benedick dan Datuk Junz Wong mengenai rubberised road.

YB Datuk Ewon Benedick diberi penerangan mengenai teknologi rubberised road oleh penyelidik LGM, Dr Nazirah Ahmad.

ok